Orang yang mengatakan bosan dengan hidupnya, dia merupakan orang yang lupa akan nikmat kesenangan yang telah ALLAH berikan padanya.. Di masa senangnya, dia tidak mahu mengejar ibadatnya.. Bila kesibukan menjelma, mula la dia berkata, 'aku sibuk nak beribadat kerana urusanku'..
Pernahkah kita menanyakan pada diri kita 'cukup kah amal ibadat ku??' "adakah amal ibadat ku sudah cukup utk ku berdepan dgn maha pencipta ku??" andai persoalan ni terjawab, maka, hidup ini tidak akan wujud perkataan BOSAN.. ALLAH menciptakan bumi untuk manusia, tapi manusia diciptakan untuk akhirat..
Banyak cara untuk beribadat pada ALLAH.. walaupun tidur kerana ALLAH pun di kira beribadat.. di sini, saya ingin menegaskan, BOSAN itu hanya wujud bila jiwa tidak terisi.. Andai jiwa ini terisi, BOSAN hanya wujud di atas kertas-kertas karangan..