Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Aku Dan PerHubungAn



Dalam setiap perhubungan, tak kira la hubungan suami-isteri ke, bapak-anak ke, mak-anak ke, awek-pakwe ke dan macam-macam lagi hubugan antara manusia ni, mesti ada halangan lah. Kalau yg dah kahwen tu, sesekali rumah tangga pasti bergegar akibat dilanggar ombak.  Jd tip kali ini, jgn la buat rumah di tepi laut nah bila dah khwen. Tp kalau dah tsunami tu, hg buat rmh jauh-jauh dr pantai pun, tetap kena ombak gak kan.

Dah-dah. Jangan duk merapu pulak.. (peringatan utk diri sendiri. :) ) sambung pada cerita perhubungan balik.

Untuk setiap masalah perhubungan, salah seorang tu mestilah bijak menangani setiap masalah yang melanda. Senang cerita, masa gaduh, jgn la duk buat keputusan. Masa ni, emosi tengah terganggu. Lepak jap sebelum buat keputusan. Sebab masa ni, kita akan buat keputusan bukan keputusan orang yang normal. Kata-kata orang putih pernah menyebut, "Don't Jump Into conclusion without thinking first" dan untuk terjemahannya pula adalah jangan membuat keputusan tanpa berfikir dahulu.

tahukah anda, perkara ini amat mustahak. Tp kenapa ek? Sebagai seorang manusia yang dah ALLAH bagikan akal, kita mesti bijak dalam menyelesaikan masalah dalam setiap perhubungan. Dan dalam mencari jalan penyelesaian kita mesti berfikir secara bijaksana.

Jangan sesuka hati kita memberi hukuman, jawapan atau jalan penyelesaian tanpa berfikir. Contoh terbaik adalah dalam perhubungan antara majikan dan pekerja. Kalau lah pekerja tu buat salah, jangan la duk pecat dia terus. Sabar dulu. Ingat jasa-jasa yg dah pekerja tu dah taburkan kat company. Ingat la sama yang keluarga pekerja tu memerlukan bantuan si polan ni untuk menyara keluarga. Kalau la dia kehilangan kerja, apa yg keluarga dia nak makan nnt.

Perpatah melayu pernah menyebut, Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata tidak boleh ditarik balik. Kita boleh tumpukan hal ni dalam masalah rumah tangga orang yg dah nikah. Perkara yang ingin di kongsi adalah lafaz talak. Kaum lelaki harus bijak dan peka dalam membuat keputusan serta mencari jalan menyelesaian. Walaupun sekrng ni, perempuan pun bleh fail kan cerai kat mahkamah. 

Tahukah anda, Rasulullah saw. bersabda: “Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian” (Dari Umar, H.R. Abu Daud dan Hakim). Jadi, adakah perceraian yang anda ingin akhiri untuk perkahwinan anda? Kenapa bukan kematian yang mampu memisahkan kita? (pinjam ayat-ayat kumpulan data dalam lagu  permaisuri.. hehe)

Untuk mengelakkan aku merapu lebih panjang, jd aku nak tutup la perbincangan ini. Kepada pembaca blog ni, dalam setiap masalah, berfikir secara positif dan menyiasat dahulu sebelum membuat tindakan supaya kita tidak menyesal dikemudian hari. Bila dah nasi jadi bubur, semuanya dah tak berguna. Tp kalau memang nak buat bubur nasik, tu aku takleh cakap apa-apa. C U soon.. bubye~~

p/s: Mempunyai hubungan dengan ALLAH dan Rasulullah S.A.W  akan membuatkan hidup kita lebih bermakna. Selamat beramal..

Sunday, January 2, 2011

Amazing Digitography

Memang hebat teknology sekarang...checks these pictures!








kalau lah haiwan peliharaan ku adalah dinasour itu.... 
pictures ini adalah bukan hak milik saya jugak... :)

Best Animal Images

Ini adalah gambar-gambar2 haiwan yang diambil dari email si DIA....saja untuk berkongsi bersama2.







ada banyak lagi images,tapi saya uploadkan 5 sahaja...
image ini bukan lah hak milik saya,melainkn hak milik cameramen jua...

Friday, December 31, 2010

KeHidupAn SeOrang Student


Walaupun gambar ni dah terlalu umum di facebook serta blogs, aku tidak mahu ketinggalan memuatkannya ke dalam blog ini... Selamat Menjadi Seorang Student!! :D


Monday, December 27, 2010

PerKara Yang DiHarapKan Oleh PasangAn BerCinta






Bila tengok gambar ni, teringat EX aku dulu.. haha.. tp aku gelak tau.. bukan sedih ye..

Teringat dulu, aku dengan ex-awek aku ni, bercinta bagai nak rak.. macam-macam la planning nak buat lepas kahwen sampai tua.. tapi last sekali, dia minta putus dari aku.. (sebab putus kena tanya ex-aku la ye)..bukan aku tak nak rujuk balik.. dia ada minta gak.. tapi nak buat macam mana, hati aku ni tak dapat nak terima dia..

Bagi aku, cinta yang aku berikan bukan bahan experiment.. tak suka, tinggal.. bila sukar cari yang sehebat cintaku, baru nak cari aku balik.. ayat tak boleh belah kan? haha..

Bak kata-kata orang putih :
Best thing about LOVE:  When you get little, you want more; when you get more, you desire little more; but when you lose it, you think that little was ENOUGH!!
 

Sunday, December 26, 2010

Ilusi Yang MeNipu Mata Kita

Ketika menanti mata terlelap, sempat juga daku meronda-ronda laman web di alam siber.. tiba-tiba, aku terjumpa laman web ni, www.beritaunik.net/.. wah, mata aku yang ingin terlelap tiba-tiba cergas.. gambar yang sebenarnya statik, seperti bergerak-gerak.. wah!! ini sudah bagus.. (pinjam ayat presiden MSA 10/11 masa manifesto dulu..hehe)..


Jadi, demi memastikan blog ni tidak bosan dengan kata-kata merapu dariku.. jadi saya menyelitkan gambar-gambar yang dapat membuatkan mata anda berpinar-pinar..






P/s: Gambar yang diupload sikit je ni.. kalau nak tengak yang menarik lagi, boleh search internet ye.. ni merupakan gambar pertama dalam blog ni.. terima kasih pada saudara Ammal Dzulfiqar Bin Ismail yang mengajar cara meletak gambar dan link internet..