Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

9.10.11 -----> I'm Engaged

Kek Dari Belah Perempuan


  
Kek dari Belah Lelaki


ALHAMDULILLAH, selamat sudah majlis pertunangan aku.. walaupun aku dan si DIA tak dak kat Malaysia, tapi semuanya berjalan dengan lancar..

hehe, sepatutnya, majlis ni berjalan 25.9 lagi.. Mak cakap, abg sulung tunang d awal syawal, adik buat di hujung syawal.. tapi, semua tu tergendala sebab ramai yg tak boleh ambik cuti terutama ayahanda yang tercinta sebab ramai yang still bercuti menyambut raya.. Nanti kalau rumah terbakar, sapa nak g padam api kalau semua ahli bomba bercuti.. lagipun, abah dah byk hari ambik cuti time syawal, jd agak susah nak ambik cuti dah.. jadi, majlis ni di tunda la pada minggu ke berikutnya -----> 2/10

Bila tarikh ni di bincangkan bersama ngan si DIA, kami pun buka la kalendar.. ''Wah!! next week 9.10.11!! napa kita tak ambik je tarikh tu.. cantik kot..'' kata si DIA.. ak pun gtau la kat mak aku.. ''mak, wani mintak tarikh 9.10.11 utk bertunang.. possible tak?'' mak cakap, "nnt bincang ngan abah hang dulu"

Lepas mak dan abah berbincang, berserta menanya pendapat keluarga mak ngah emah, akhirnya, mereka pun bersetuju la, tarikh pertunangan kami 9.10.11.. mak si DIA pun setuju tarikh tu.. dan tiba lah hari ini, 9.10.11 -----> Aku dah jadi TUNANGAN ORANG!!

Terima kasih yang membantu memudahkan majlis pertunangn ku ini.. hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik anda semua.. ^______^Y


Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya & Salam Merdeka

familyku tanpa diriku yang jauh berada diperantauan..


Wah!! Esok aku akan menyambut Hari Raya buat kali ke-2 di India.. Tapi di Malaysia dah raya awal sehari berbanding sini.. fair la kan sebab kami kat india ni lewat puasa sehari berbanding malaysia..

Sedih raya di perantauan?? memang sedih beraya di perantauan tanpa family.. tp nak buat macam mana kan.. sebab fail semua paper exam masa IA hari tu, aku bertekad tak nak balik.. bukan budget nak study sangat.. tapi nak rest kan badan yg agak penat setelah sehari2 ke kelas dari kul9-4ptg.. kalau balik raya, seconformnya badan bertambah penat sebab byk makan ketupat..hehe..

Sekarang kan zaman moden.. walaupun jauh di perantauan, still boleh berhubung dengan keluarga yang tersayang.. web cam menjadi perhubung kami sekeluarga di petang raya tadi.. =D

Eh,  esok 31 ogos la.. maka, esok aku akan merayakan hari raya puasa dengan hari kemerdekaan serentak.. hehe, tapi semua tu aku akan laksanakan di bumi India.. tapi, di mana jua aku berada, Malaysia tetap di hati.. I luv u malaysia!!


Tuesday, August 2, 2011

Pengalaman - BerPuasa Di India

Gambar tahun lepas di hadapan kolej

Hari ni merupakan hari pertama puasa di daerah Bangalore, negeri Karnataka, negara India.. Tapi di Malaysia dah masuk hari ke2 berpuasa.. Ini bukan pertama kali aku berpuasa d India. Sudah masuk tahun ke2 aku berpuasa kat sini..

Perbezaan hari untuk berpuasa mungkin disebabkan anak bulan tak kelihatan di sini berbanding d Malaysia.. tiada apa2 keistimewaan pun berpuasa d india berbanding d malaysia.. sahur di sini hbs kul4.44pg.. jd, kul4pg dah kena bersahur..

Pukul5 pg, dah selesai solat subuh.. Sebab kelas start kul8pg (tp ak kuar rmh utk ke kelas kul9..hehe), aku sambung r tido sampai kul8.. dr kul8pg sampai la kul4ptg, aku berada d hospital.. balik dr hospital, masa utk masak utk berbuka pula.. tp hari ni, si DIA nak masak untuk berbuka, jd aku dpt la berehat.. berbuka hari ni kul6.47 ptg.. Sementara menunggu masa utk berbuka aku guna masa yg ada tu utk karang la blog ni jap..hehe.. kepada rakan-rakan semua, SELAMAT BERBUKA!! love u all..:)