Showing posts with label Memories. Show all posts
Showing posts with label Memories. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

9.10.11 -----> I'm Engaged

Kek Dari Belah Perempuan


  
Kek dari Belah Lelaki


ALHAMDULILLAH, selamat sudah majlis pertunangan aku.. walaupun aku dan si DIA tak dak kat Malaysia, tapi semuanya berjalan dengan lancar..

hehe, sepatutnya, majlis ni berjalan 25.9 lagi.. Mak cakap, abg sulung tunang d awal syawal, adik buat di hujung syawal.. tapi, semua tu tergendala sebab ramai yg tak boleh ambik cuti terutama ayahanda yang tercinta sebab ramai yang still bercuti menyambut raya.. Nanti kalau rumah terbakar, sapa nak g padam api kalau semua ahli bomba bercuti.. lagipun, abah dah byk hari ambik cuti time syawal, jd agak susah nak ambik cuti dah.. jadi, majlis ni di tunda la pada minggu ke berikutnya -----> 2/10

Bila tarikh ni di bincangkan bersama ngan si DIA, kami pun buka la kalendar.. ''Wah!! next week 9.10.11!! napa kita tak ambik je tarikh tu.. cantik kot..'' kata si DIA.. ak pun gtau la kat mak aku.. ''mak, wani mintak tarikh 9.10.11 utk bertunang.. possible tak?'' mak cakap, "nnt bincang ngan abah hang dulu"

Lepas mak dan abah berbincang, berserta menanya pendapat keluarga mak ngah emah, akhirnya, mereka pun bersetuju la, tarikh pertunangan kami 9.10.11.. mak si DIA pun setuju tarikh tu.. dan tiba lah hari ini, 9.10.11 -----> Aku dah jadi TUNANGAN ORANG!!

Terima kasih yang membantu memudahkan majlis pertunangn ku ini.. hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik anda semua.. ^______^Y


Sunday, August 21, 2011

Resepi - Buah Melaka a.k.a Onde-Onde

baki yang tinggal
 
Bulan puasa ni, nafsu makan sangat-sangatlah tinggi.. Semua benda mengidam.. hujung minggu lepas, aku dan si DIA teringin nak makan buah melaka.. Geledah almari, ada lagi tepung pulut.. kat India ni, tepung pulut sangat2 la rare. kalau ada pun, tersangat2 la mahalnya.. 
 
Nak buat buah melaka ni senang je.. first sekali, sedia bahan-bahan seperti berikut..
 
A) Doh
  1. Tepung Pulut 1/2 kg
  2. Gula Melaka / gula merah
  3. pewarna hijau / air daun pandan
  4. Air dalam 200-300ml
  5. Garam secukup rasa

B) kelapa parut dan garam

first sekali, masukkan tepung pulut dalam bekas. then, masukkan pewarna hijau dan garam.. garam letak la dalam 1-2 sudu kecil.. kalau ada daun pandan tu, blender la dalam 3-4helai.. kalau letak pewarna tu, letak la air.. tapi kalau dah guna air pandan, tak perlulah nak letak air lagi.. pastikan doh yang nak buat tu kering tau macam plasticine. tak la basah macam doh donut.. kalau tak, nnt masa nak uli kecik-kecik, melekat kat tangan.

dah siap doh, boleh la panaskan air dalam periuk.. bila air dah mendidih, ambil sedikit doh tu dan uli bulat-bulat sebesar ibu jari.. lepas tu, tekan tengah doh yg dah jd bulat dan masukkan gula melaka.. kalau tak dak gula melaka, boleh ganti ngan gula merah..lepas tu, uli balik jd bebola. dah siap, terus masukkan ke dalam air yg mendidih tu..

dah letak dalam air mendidih tu, biar je sampai dia timbul dengan sendiri.. selalunya, kuih yg masak akan timbul dalam lingkungan 5-10minit. Tak payah la usik kuih tu utk bantu dia timbul.. InsyaALLAH, kuih tu akan timbul bila betul-betul masak. Bila dah masak, angkat kuih td dan letakkan di atas kelapa parut..

kelapa parut tu, letak la sedikit garam.. untuk sebiji kelapa parut, letak la dalam 1-2 sudu kecil garam. lepas dah siap, boleh la hidangkan.. SELAMAT MENCUBA!!


Saturday, July 30, 2011

Pengalaman - Pulut Udang

Dah 4bulan aku x jenguk blog sendiri.. xtau nak karang apa.. tp lama sgt terbiar x best gak.. :)

lagi 2 hr nak menyambut ramadhan di malaysia.. mesti best kan berpuasa d malaysia.. macam2 perkara yg best dpt d lakukan..

gambar dari google



bila bulan puasa nak menjelang, teringat ketika aku berada d tingkatan 2..  membantu pak su aku berniaga pulut udang.. walaupun sehari just dpt rm15.. tp itu  dah cukup byk bagiku.. dengan pengalaman yg ku perolehi, aku rs, best sgt2.. lepas subuh, kena salai daun pisang.. then, potong daun pisang kecik2.. sambil tu, tgk paksu aku kukus pulut n buat inti utk pulut udang.. dlm kul9, dah start penyek pulut kat atas daun pisang.. lepas penyek, letak inti atas pulut n gulung.. dlm kul2 ptg, proses buat pulut udang pun setel..


setel buat pulut udang x berakhir d situ je tau.. lepas solat zohor, dlm kul3, bermula aktiviti berniaga.. pak su aku berniaga tepi jalan je.. jd, tugas aku adalah sediakan tempat membakar pulut udang.. fuh, awal2 tlg pak su aku, mau terbatal puasa ak.. mana x nya.. dr pg smpi ptg dah buat keje.. then, bila ptg, bakar pulut udang pulak.. tp semua kepenatan tu berakhir bila pelanggan datang membeli pulut udang kami.. masa tu, hanya ALLAH sahaja yg tahu bertapa seronok nya hati ini..:)

tepat kul6, bleh d katakan hampir semua pulut udang kami hbs d jual.. kalau x hbs tu, kami bungkus bawa balik rmh.. nak gak rs pulut udang yg kami buat.. tp selalunya, before kul6, semua pulut udang hbs d jual.. :) setelah tiba d rumah pak su aku, maka berakhir la hari ku itu sebagai peniaga pulut udang..

kalau aku berada d malaysia sekrng, mesti aku jual pulut udang.. nak jual kat india ni macam susah la pulak.. mana nak cekau pulut..


dah xtau nak karang apa2 lg.. insyaALLAH, kalau ada masa, ak akan karang pengalaman aku d ketika suatu masa dahulu.. SELAMAT MENEMPUH BULAN RAMADHAN!!

Tuesday, December 28, 2010

Kura-Kura Rock!!!!!!

Video ini merupakan video kegemaran si  DIA.. hehehe.. harap-harap si DIA menontonnya.. peace no war!!


Monday, December 27, 2010

PerKara Yang DiHarapKan Oleh PasangAn BerCinta






Bila tengok gambar ni, teringat EX aku dulu.. haha.. tp aku gelak tau.. bukan sedih ye..

Teringat dulu, aku dengan ex-awek aku ni, bercinta bagai nak rak.. macam-macam la planning nak buat lepas kahwen sampai tua.. tapi last sekali, dia minta putus dari aku.. (sebab putus kena tanya ex-aku la ye)..bukan aku tak nak rujuk balik.. dia ada minta gak.. tapi nak buat macam mana, hati aku ni tak dapat nak terima dia..

Bagi aku, cinta yang aku berikan bukan bahan experiment.. tak suka, tinggal.. bila sukar cari yang sehebat cintaku, baru nak cari aku balik.. ayat tak boleh belah kan? haha..

Bak kata-kata orang putih :
Best thing about LOVE:  When you get little, you want more; when you get more, you desire little more; but when you lose it, you think that little was ENOUGH!!